Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu[1] (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.
Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.
Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.
Saturday, 14 May 2011
Posted by maslinah bte norzan at 22:09 0 comments
Posted by maslinah bte norzan at 22:02 0 comments
Kampung Sungai Lui terletak di tepi Sungai Lui yang bercantum dengan Sungai Langat . Kampung Sungai Lui terletak di mukim Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Penduduk kampung ini orang Melayu keturunan Kerinchi atau Kurinchi yang pindah dari Sumatra , Indonesia sekitar tahun 1800 yang lalu.
Posted by maslinah bte norzan at 20:48 0 comments
Located along the Sungai Kinabatangan, our lodge is the only trace of civilisation within the proximity. Be prepared to get all misty eyed over the surreal lush greenery, intended to be left untouched for your viewing pleasure. It is, of course, free to indulge yourself with nature’s most promising scenery.
Posted by maslinah bte norzan at 20:18 0 comments
Sungai Ku Syurga Ku
River merupakan sejenis saluran air tabii yang besar. Sumber sungai boleh jadi dari tasik, mata air ataupun anak-anak sungai. Dari sumbernya semua sungai menuruni bukit, dan merupakan cara biasa air hujan yang turun di daratan untuk mengalir ke laut atau takungan air yang besar seperti tasik. Mulut, ataupun hujung sungai di laut dipanggil muara, manakala puncanya di panggil ulu.
Air sungai biasanya terbatas di dalam satu saluran, yang terdiri daripada dasar sungai yang di antara dua tebing di kiri dan kanan. Kebanyakan curahan hujan di darat akan melalui sungai dalam perjalanannya ke laut. Sesebuah sungai (river) biasanya terdiri dari beberapa anak sungai (stream) yang bergabung.
Posted by maslinah bte norzan at 19:41 0 comments




